KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Anggota Parlimen Titiwangsa Rina Harun
Rina Harun

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun berkata, pihaknya perlu mengkaji semula pembinaan dua MRSM tersebut dan hanya akan dilaksanakan mengikut kedudukan kewangan negara.

“Dalam perancangan memang ada 2 MRSM yang telah (dirancang pembinaannya) di Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan. Itu disekat dan dikaji.

“Namun, insya-Allah ia akan dilaksanakan mengikut keadaan kewangan negara semasa,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang meminta kerajaan menjelaskan tentang status pembinaan dua MRSM tersebut dan MRSM berbayar. - UTUSAN ONLINE