Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan melihat kepada keperluan penggunaan peranti tersebut termasuk beberapa isu yang perlu diberi perhatian seperti keselamatan dan prasarana yang cukup sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tidak mahu ada alat peranti tetapi perisian yang digunakan tidak lengkap dan rangkaian internet jalur lebar rendah atau pelajar sendiritidak mesra dengan teknologi yang ada. Jadi ia perlu berjalan seiring.

“Jika kita hanya tekankan tentang alat peranti sahaja, kontraktor yang hanya mendapat untung sedangkan pelajar tidak mendapat manfaatnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Akademik PUO, Muhammad Zubir Mohd. Hanifah. - UTUSAN ONLINE