Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian itu dijangka siap dalam tempoh enam minggu sehingga dua bulan lagi.

"Kabinet memperakui terdapat sekurang-kurangnya enam komponen menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup terutama segmen makanan. Rakyat dilihat terkesan dengan segmen ini. Selain itu adalah segmen perumahan, bil utiliti, pengangkutan, kesihatan dan pendidikan.

"Oleh itu Kabinet telah meminta kementerian memulakan satu kajian menyeluruh bagi memperincikan lagi serta mengenal pasti punca-punca yang menyumbang peningkatan kos sara hidup secara lebih komprehensif," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2019, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE