Pengasas kafe tersebut, Ir. Shafie Abdul Ma­jid memberitahu, lokasinya yang strategik iaitu di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh di sini akan membantu pihaknya dalam mempromosikan masakan-masakan di kafe tersebut.

“Seringkali majlis perkahwinan ataupun program-program akan diadakan di sini dan itu sudah tentu boleh menyebabkan orang ramai perasan dengan kewujudan kafe ini.

“Tujuan kafe ini diwujudkan juga adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati masakan tradisional mahupun barat dengan menggunakan daging kambing boer tempatan dengan harga berpatutan iaitu lebih rendah berbanding di pasaran,” katanya.

Shafie berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat kafe tersebut di sini sebentar tadi.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mahupun ingin membuat tempahan boleh menghubungi pejabat cafe itu di talian 06-2310904 atau 010-3022770.

Selain itu, sebarang maklumat berhubung kafe tersebut juga boleh didapati di laman sosial Facebooknya, kambing salai claypot. - UTUSAN ONLINE