Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kaedah tambah hasil padi ditemui

Pesawah dijangka nikmati lonjakan keluaran 30 peratus

IDRIS JUSOH mendengar penerangan  mengenai penggunaan  burung
IDRIS JUSOH mendengar penerangan  mengenai penggunaan  burung pungguk  sebagai salah satu kaedah dalam meningkatkan pengeluaran atau hasil padi di Besut, Terengganu, semalam.

BESUT 3 Feb. - Para pesawah di Kawasan Pembangunan Pertanian Ber­sepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) dijangka menikmati lonjakan hasil sebanyak 30 peratus menerusi penerapan teknologi Padiu Putra.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, projek perintis tersebut merupakan pemindahan teknologi hasil penemuan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah Skim Geran Jangka Panjang (LRGS) sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, menerima peruntukan LRGS sebanyak RM11.2 juta, penyelidikan yang mempunyai impak tinggi itu berjaya merealisasikan beberapa inovasi yang mampu dimanfaatkan untuk meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pesawah.

“Penemuan penyelidikan akan dimanfaatkan menerusi penglibatan pesawah secara terus de­ngan sasaran awal meningkatkan hasil daripada 5.2 kepada tujuh tan metrik sehektar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Padiu Putra Ke Arah Peningkatan Hasil dan Pendapatan Pesawah di Jelapang Padi di Pusat Belian Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kerandang dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof; Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan ADUN Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut menambah, menerusi pembangunan teknologi itu, tujuh aspek diberi penekanan iaitu baja semburan, biobaja, humik asid teraktif, kawalan perosak tikus, ramalan serangga, variasi baharu dan pertanian persis.

“Ini termasuk penggunaan bu­rung pungguk jelapang untuk mengawal makhluk perosak dan baja yang bebas daripada bahan kimia,” ujarnya.

Beliau memberitahu, hasil teknologi LRGS bagi bidang keutamaan jaminan makanan itu akan dapat diketahui pada musim penanaman yang sedang diusahakan oleh pesawah masa kini.

Idris turut berharap usaha membangunkan penyelidikan dan pembelajaran melibatkan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dapat dipertingkatkan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain