Beliau memberitahu, tindakan ini semata-mata keputusannya demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam majlis tersebut serta pandangannya di dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

“Saya, dengan ini meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan berkuatkuasa serta-merta.

“Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelata dengan cara terbaik yang saya ketahui iaitu menerusi mata pena saya,” katanya dalam blog di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE