Menurut Perdana Menteri, pengurangan itu menggalakkan kedatangan pelancong Singapura dan juga dari negara lain untuk datang ke Johor membeli-belah dan pelbagai urusan lain.

“Ini telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet dan difahamkan Singapura juga akan buat langkah sama yang dibuat Malaysia.

“Ini akan beri manfaat kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Ini kerana ada rakyat Malaysia yang terpaksa bangun pukul 3.30 pagi untuk bekerja di Singapura setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan lampu Jalan Kampung Fasa 8 Negeri Johor di Padang Awam Bukit Mor, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Najib berkata, langkah kerajaan itu bukan gula-gula untuk pilihan raya umum sebaliknya sudah lama dirancangkan dan dibincangkan antara dua negara. - UTUSAN ONLINE