Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hal demikian terbukti apabila kadar keciciran masyarakat Orang Asli di sekolah-sekolah berkurangan kepada 16.75 peratus pada tahun lepas berbanding 20 peratus pada tahun sebelumnya

Malah kata beliau, pencapaian masyarakat itu dalam bidang pendidikan turut menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila ada dalam kalangan mereka berjaya melanjutkan pengajian hingga ke peringkat doktor falsafah.

“Pada tahun ini, seramai 127 pelajar Orang Asli belajar di asrama penuh dan seramai 850 orang sedang mengikuti pengajian di peringkat dalam sijil, diploma, ijazah dan doktor falsafah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program transformasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE