MAH SIEW KEONG

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, perkara itu telah menjadi fokus utama perbincangan dalam beberapa mesyuarat Kabinet sejak kebelakangan ini.

Jelasnya lagi, kerajaan menyedari kepentingan industri berkenaan dan usaha untuk menyelamatkan nasib 650,000 pekebun kecil adalah yang pa­ling diutamakan.

“Perdagangan yang sihat mestilah bersifat dua hala dan sama adil.

“Jika EU memberikan alasan pengharaman bio bahan api berasaskan kelapa sawit adalah kerana paras jejak karbon, mereka terlebih dahulu perlu menghentikan pengeluaran dan penghasilan mentega,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Tahun lalu Parlimen Eropah telah meluluskan resolusi yang mensyaratkan hanya minyak sawit yang dihasilkan secara lestari sahaja boleh diimport ke pasaran EU selepas 2021.