Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu.

Menurut Perdana Menteri, siasatan itu untuk memastikan semua pusat tahfiz mematuhi piawaian yang telah digariskan.

“Sekiranya tidak mematuhi piawaian, kita akan bagi tempoh untuk mengikutnya. Kalau masih tidak mematuhi, kita akan ambil tindakan.

“Ini melibatkan soal nyawa anak-anak kita, bukan soal kerajaan negeri atau pusat. Nyawa anak-anak kita kena jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan 1439H/2017 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Yang hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. - UTUSAN ONLINE