Namun, berbeza bagi Datuk Halim Othman, 53, yang pada hari-hari biasa, masih dilihat berada beribu kaki dari paras bumi melakukan aksi aerobatik yang mendebarkan.

Halim, ketua pasukan aerobatik kebangsaan, Krisakti berkata minatnya dalam aerobatik yang bermula pada tahun 1998 merupakan antara sebab utama beliau masih aktif sehingga sekarang.

“Perasaan berada di udara dan melakukan persembahan yang baik, terutamaanya apabila kita berjaya melakukan aksi aerobatik yang dikehendaki.

“Apabila kita semakin tua, skill penerbangan kita semakin baik, tetapi kita juga perlu menjaga kesihatan kita. Insyallah jika kesihatan saya masih lagi baik, saya akan terus terbang untuk tahun-tahun yang akan datang,” katanya kepada Bernama di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di sini hari ini. - BERNAMA