Foto Mohammad Naim Firdaus yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan slogan 1 Malaysia bersama warga Saujana Utama dalam program santai di Sungai Buloh pada 2 Mac 2013 membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM3,000.

Hadiah disampaikan sendiri oleh Najib dalam satu majlis ringkas di Perhimpunan Agung UMNO ke-71 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Bernama yang membawa wang tunai RM1,500.

Manakala bagi saguhati dimenangi oleh NSTP yang membawa pulang wang tunai RM500 (tiga penyertaan); Bernama (satu penyertaan); Malaysia Gazette (satu penyertaan) dan seorang tentera.

Pertandingan tersebut merupakan karya peribadi peserta yang memaparkan Perdana Menteri bersama rakyat bertemakan keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu rakyat. - UTUSAN ONLINE