IZHAM JAAFAR
IZHAM JAAFAR

Menurut isteri­nya, Mazatul Ro­sida Ahmad Tajud­din, 43, arwah Iz­­ham mengadu sakit dada se­jak seminggu lalu namun semakin pulih dua hari lalu.

“Walau bagaimanapun, pa­gi tadi arwah sekali lagi mengadu sakit dada sebelum kami ke klinik dan dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan penuh.

“Saya dan arwah kemudian ke Hospital Pakar KPJ Selangor di sini untuk membuat pemeriksaan lanjut. Namun, sakit dada beliau tidak berhenti walaupun diberikan ubat sebelum pengsan dan menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Mazatul Rosida berkata demikian ketika ditemui di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20, di sini malam ini.

Jenazah Allah­yarham Izham di­bawa pulang ke rumahnya di Bandar Bukit Raja, Klang dan dikebumikan di Ta­nah Perkuburan Islam Batu Belah, Klang esok pagi.

Allahyarham Izham me­ninggalkan enam orang anak terma­suk seorang anak tiri berusia antara 9 dan 19 tahun.

Lima orang anak Izham merupakan hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas wartawan Utusan Malaysia, Allahyarham Nurul Himmah Kassan yang meninggal dunia, empat tahun lalu.