Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Hotel Puteri Pacific di sini malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden I Kelab Media Johor (KMJ) membawa pulang RM500 dalam Majlis Malam Mesra Media 2018 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTMSpace itu.

Selain anugerah tersebut, UTM menyampaikan anugerah bagi beberapa kategori berbeza antaranya berita penyelidikan dan perundingan, berita pendidikan serta berita khidmat masyarakat.

Anugerah disampaikan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Wahid Omar dengan diiringi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSpace, Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim.

Wahid dalam ucapannya menyifatkan sinergi antara UTM dengan media mampu membantu menyebarkan aktiviti dilaksanakan dalam setiap medium.

Menurutnya, sebagai sebuah universiti penyelidikan, banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat dijalankan penyelidik UTM.

“Semua ini (aktiviti) berfokus untuk memberi manfaat kepada masyarakat, industri, usahawan, petani, nelayan dan lain-lain lagi.

“Menerusi kerjasama dari rakan media, maka aktiviti dijalankan dapat disebarkan sama ada melalui media cetak, elektronik mahupun atas talian. Ini tentunya telah memperlihatkan peranan UTM dapat dirasai oleh masyarakat,” katanya.

Wahid berkata, sebagai sebuah universiti awam, UTM mempunyai ramai pakar dalam pelbagai bidang selain sentiasa bekerjasama dengan pihak media untuk memberikan maklum balas berkaitan isu semasa apabila dilehendaki.

“Kerjasama baik yang sedia terjalin antara UTM dan pihak media seharusnya diperkukuhkan lagi secara lebih menyeluruh,” katanya. - UTUSAN ONLINE