Dr. Sahruddin Jamal
SAHRUDDIN

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal, hingga 21 Julai lalu, tiada kematian dilaporkan berpunca daripada penyakit HFMD.

"Hingga kini, sebanyak 320 kes melibatkan tadika atau prasekolah dilaporkan, iaitu 14.4 peratus dengan sejumlah 32 premis dinasihati tutup bagi tujuan pembersihan dan memutuskan rangkaian jangkitan.

"Penyelia pusat jagaan juga diberikan pendidikan kesihatan tentang kepentingan kebersihan diri dan premis serta disinfeksi. Jabatan Kesihatan juga menggesa penyelia premis untuk melakukan saringan kesihatan kepada kanak-kanak yang hadir," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE