Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Penerangan MBM, Mohammad Rizan Hassan dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mohamad Rizan memberitahu, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Mohd. Fadzli Hassan pula menawar diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“MBM akan mengadakan pemilihan kepemimpinan baharu dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Ke-67 pada 5 Oktober depan di Sepang.

“Mesyuarat tersebut bakal dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya. - UTUSAN ONLINE