Antara pelakon yang terlibat ialah Nora Danish, Juliana Evans, Nabil Ahmad, Hisyam Hamid, Mark Adam, Sherry Alhadad, Zarul Husin, Shahrol Shiro, Fahrin Ahmad dan Akhmal Nazri.

Selain itu, terdapat juga beberapa personaliti TV dan radio Astro turut menyumbangkan suara mereka seperti Jamal Jamaluddin, Nadzri Harif, Syazwan Zakariah serta Syakirin Husnal.

TSLOP akan disiarkan pukul 8 maalam pada Ahad, 25 Jun ini mengisahkan tentang sekumpulan haiwan peliharaan yang mengalami dilema ketika ditinggalkan tuan mereka yang pergi bekerja.

HBO juga akan mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi untuk bertemu peminat filem berkenaan bersama-sama barisan pelakon yang terlibat dan berpeluang memenangi hadiah yang disediakan. - UTUSAN ONLINE