Sejak awal minggu lagi bende­ra kebangsaan berkibar megah di serata tempat di sekitar bandar raya, di bangunan-bangunan kerajaan mahupun swasta,

Tembakan meriam 21 das dilepaskan sebagai menyempurnakan majlis ‘gendang jaga-jaga’ di bangunan Lapau di sini kelmarin, tanda bermulanya sambutan perayaan.

Simboliknya Brunei mempamerkan kepada dunia, bahawa seluruh rakyat menyanjung tinggi pemerintahan berkonsepkan ‘Melayu Islam Beraja’ di bawah kepimpinan baginda Sultan.

Sebagai anakanda sulung Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, pada 5 Oktober 1967, Sultan Hassanal Bolkiah yang ketika itu menuntut di Kuala Lumpur, mengambil alih tempat ayahandanya menerajui negara sebagai Sultan Brunei Ke-29 dan meneruskan legasi kepimpinan kesultanan yang berlanjutan sejak lebih 600 tahun dahulu.

Pada sebelah pagi, diadakan majlis menghadap Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengi­ran Anak Saleha yang dihadiri anggota kerabat diraja serta orang kenamaan di Istana Nurul Iman.

Sultan Hassanal Bolkiah bertitah, hubungan raja dengan rakyat tiada tembok pemisah antara mereka, dan adalah menjadi kewajipan bagi raja berlaku adil dan kewajipan rakyat pula ialah mentaati rajanya, sama-sama meme­gang amanah yang menjadi rukun kehidupan di Brunei.

Dari sudut hubungan Malaysia-Brunei, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, hubu­ngan dua hala Malaysia-Brunei berada pada tahap terbaik. – BERNAMA