Tinjauan Utusan Online mendapati, orang ramai tidak perlu beratur lama untuk membeli tiket di enam kaunter yang disediakan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Raja Mustafa Shah Raja Abdul Jalil Shah mengakui jualan tiket yang bermula pukul 9.30 pagi ini sedikit perlahan.

“Memang sejak kaunter dibuka jualan sedikit perlahan dan kita percaya jualan akan meningkat menjelang petang ini.

“Hal ini kerana penyokong yang tinggal jauh seperti di sebelah Pahang Barat masih belum sampai di Stadium Darul Makmur,” katanya ketika dihubungi.

Raja Mustafa Shah berkata, sebanyak 28,000 tiket diperuntukkan bagi aksi suku akhir pertama Piala Malaysia antara Pahang dan JDT.

Beliau berkata, enam kaunter termasuk satu kaunter khas untuk golongan wanita akan disediakan.

“Semua tiket mula dijual pukul 9.30 pagi. Harga tiket RM23 bagi tempat duduk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka),” katanya. - UTUSAN ONLINE