Antara yang hasil laut yang laris dalam jualan hari ini ialah 200 kilogram udang, 150 kilogram ikan tenggiri, 250 kilogram ikan kembung dan pelbagai jenis ikan lain.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim ketika melawat bilik media HPPNK 2017 selepas jualan murah berkenaan berakhir memberitahu, sambutan hangat yang diterima telah mendorong LKIM untuk menganjurkan kempen jualan Happy Hour 500 kilogram hasil laut pada 8 Oktober nanti.

“Jualan berkenaan akan berlangsung di Saujana Utama dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor dari 9 pagi hingga 11 pagi. Ia akan menawarkan 20 jenis ikan pada harga murah selain udang,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Irmohizam memberitahu, jualan hasil laut segar pada harga murah itu bertujuan menangani peranan orang tengah.

Katanya, jualan hasil laut segar seterusnya akan berlangsung di HPNKK 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dengan menawarkan tiga tan lagi hasil laut, esok.

HPPNK 2017 berlangsung di­ Maeps mulai Khamis lepas hingga Ahad ini manakala jualan murah hasil laut segar diadakan hari ini dan esok.
- BERNAMA