RAHIM SHAH AHMAD NORDIN menunjukkan dua produk Pomade yang akan dijual pada jualan amal di seluruh negara mulai 7 Disember.

Pengarahnya, Rahim Shah Ahmad Nordin berkata, jualan amal itu bakal bermula pada 7 hingga 31 Disember ini melibatkan bebe­rapa lokasi tertentu yang mana sebahagiannya akan disalurkan ke Tabung Rohingya Utusan-TH dan Tabung Bantuan Rohingya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Daripada hasil jualan bagi produk keluaran kita iaitu Shah Pomade dan Hero Pomade, sebanyak RM5 akan disalurkan untuk membantu etnik Rohingya menerusi kedua-dua tabung bantuan kemanusiaan berkenaan.

“Kita akan memulakan kempen jualan amal ini di Segi College, Subang Jaya pada 7 Disember; Rawang Country Homes, Rawang (10,11 dan 12 Disember) dan Tesco Peringgit, Melaka pada 31 Disember ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden Persatuan Siafu Malaysia, Aimanuddin Kamaruddin dan Pengarah Eksekutif Shah Factory Sdn. Bhd., Mashitah Sulaiman.

Tambah Rahim Shah, pihaknya menyasarkan jualan 100,000 Pomade sepanjang kempen jualan amal tersebut selain menawarkan harga terendah iaitu RM20 bagi setiap produk berbanding harga pasaran iaitu RM30 hingga RM35.

“Selain itu, kita juga akan be­kerjasama dengan Persatuan Siafu Malaysia untuk mengadakan jualan amal di Gerbang Malam Ipoh Perak, Teluk Cempedak Pahang, Kelantan dan Terengganu pada awal tahun hadapan.

“Pihak syarikat terdetik ingin membantu masyarakat Rohingya setelah melihat penderitaan masyarakat tersebut yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya termasuklah daripada penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi yang ketika ini turut memim­-
pin kerajaan Myanmar,” ujarnya.

Jelasnya lagi, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jualan amal itu menerusi laman sesawang www.shah pomade.com atau Facebook atas nama Hero Pomade atau menghubungi WhatsApp syarikat tersebut di talian 0133277932.