MoU berkenaan bagi meraikan kerjasama sebelum ini dan penubuhan JTM-Samsung TECH Academy di ILP berkenaan yang merupakan ketiga di negara ini.  

Akademi itu adalah selepas di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 2014 dan Kota Kinabalu, Sabah (2015) dalam usaha membangunkan tenaga kerja mahir, berilmu dan berdaya saing selain mempelajari teknologi terkini Samsung.

MoU tersebut ditandatangi Ketua Pengarah JTM, Dr. Mary Wong Lai Lin dengan Presiden Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd, Lee Sang Hoon. 

MoU berkenaan disaksikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman. - UTUSAN ONLINE