Melalui sistem ini, penjawat awam boleh membuat semakan terlebih dahulu sebelum menjual atau membeli harta kediaman berkenaan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah berkata, sistem berkenaan membolehkan penjawat awam mendapatkan harga bagi harta kediaman sebelum permohonan pinjaman dibuat.

“Saya menyarankan agar sistem ini tidak disalah gunakan kerana ia bertujuan membantu penjawat awam mengetahui harga berpatutan bagi jenis harta yang ingin dibeli selaras dengan kelayakan pinjaman ditetapkan,” katanya dalam majlis pelancaran semakan harga rumah untuk penjawat awam dan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara JPPH dan Khazanah Research Institute (KRI) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE