Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Nazli Md. Taib berkata, secara keseluruhan sebanyak 714 kesalahan telah dilakukan oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata, antaranya melibatkan kesalahan tidak memiliki lesen memandu iaitu sebanyak 208 kes, insurans (309), tiada lesen bas (27), lebih muatan (46), teknikal (20) dan membawa muatan berbahaya (30).

"Selain itu, pihak JPJ turut mengeluarkan notis terhadap tujuh kesalahan utama lain iaitu tiga kes memotong barisan secara berbahaya; memotong di garisan berkembar (tiga); tidak mematuhi lampu isyarat (tujuh) dan menggunakan lorong kecemasan (empat).

"Kesalahan lain yang turut dilakukan ialah menggunakan telefon bimbit (enam); menggunakan lorong kanan berterusan (22) dan tidak memakai tali pinggang keledar (lima)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Ops HRA di Kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) Dengkil di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE