Menurut Noh, penjenamaan semula yang turut melibatkan slogan baharu ‘Perancangan Melangkaui Kelaziman’ itu mendapat kelulusan Mesyuarat Kabinet pada 25 Januari lalu.

“Penjenamaan baharu ini dibuat kerana 70 peratus kawasan penduduk di negara ini dikategorikan sebagai kawasan bandar, oleh itu, perancangan perlu dibuat secara menyeluruh dan bukannya berasingan antara bandar dan desa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamad Sadique, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah PLANMalaysia, Datuk Dr. Dolbani Mijan. - UTUSAN ONLINE