Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

JPB: Lebih 1,000 permohonan di Kuala Nerus

PM rasmikan Majlis Pecah Tanah PPR Bukit Nanas, Tepoh
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyempurnakan majlis perasmian Majlis Pecah Tanah PPR Bukit Nanas, Tepoh sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 15 April - Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 peringkat Kuala Nerus di Bukit Nanas di sini hari ini menerima 1,090 permohonan untuk melanjutkan pengajian ke universiti, kolej dan institusi kemahiran.

Ketua Urusetia Sekretariat JPB 2017, Datuk Mohd. Aizuddin Ghazali berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 821 surat tawaran dikeluarkan serta-merta.

"Sebanyak 821 surat tawaran yang dikeluarkan itu berhubung pelbagai kursus berasaskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)," ujarnya, di sini hari ini.

Katanya, Kuala Nerus merupakan sebahagian daripada 54 lokasi di seluruh negara dalam siri jelajah itu dengan matlamat mencari pelajar yang tercicir agar mereka mempunyai peluang kedua untuk merubah kehidupan.

"JPB 2017 hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan menarik tumpuan ramai lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pelajaran serta ibu bapa masing-masing.

"Siri jelajah ke Terengganu itu termasuk di Dungun esok, disertai 22 institusi termasuk enam universiti awam," katanya.

Program aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dirasmikan serentak dengan Upacara Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas petang tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain