Khairil Anwar

Sebanyak 16 pasukan mewakili sekolah, maktab dan institusi pendidikan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam kategori 11, 14 dan 16 tahun.

Karnival dua hari itu dianjurkan Iskandar Investment Berhad (IIB) dengan kerjasama Persatuan Ragbi Johor (JRU).

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad berkata, antara matlamat penganjurannya ialah untuk mempromosikan sukan tersebut.

"Tujuannya juga untuk mengetengahkan nilai-nilai positif dalam sukan ragbi seperti semangat berpasukan, disiplin dan saling menghormati terutamanya kepada komuniti atau generasi muda di wilayah Iskandar Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE