Portal berita Republika melaporkan, Jokowoi yang juga bertanding bagi memepertahankan jawatan itu dalam pilihan raya Presiden 2019 berkata, antara fitnah yang ditujukan kepadanya termasuk beliau merupakan anggota Parti Komunis Indonesia, beliau akan melarang laungan azan sekiranya menang dan menghapuskan pendidikan agama.

“Saya sudah berdiam diri selama empat hingga lima tahun. Tiap kali difitnah, saya diam, namun kali ini, saya akan lawan! Ingat, saya akan lawan! Bukan untuk diri saya, tetapi untuk Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis bacaan ikrar sokongan Alumni Jogja Satukan Indonesia di Yogyakarta semalam. – AGENSI