Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, usaha itu seiring dengan langkah membudayakan amalan menabung sejak kecil, sekali gus tidak bergantung terhadap pinjaman semata-mata untuk belajar.

Menurutnya, mulai tahun ini, murid tahun satu diberi insentif RM50 seorang bagi membuka akaun SSPN/SSPN-i menerusi peruntukan RM25 juta yang diberikan kerajaan.

“Jadi, mulai tahun depan, kita di negeri Johor ini, kerajaan negeri akan mewajibkan setiap murid tahun satu yang baru mendaftar untuk merebut insentif yang diberikan kerajaan itu,” katanya selepas melancarkan SSPN-i Plus peringkat negeri di Dataran Mahkota, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah. - UTUSAN ONLINE