Menerusi satu kenyataan, JKR memaklumkan, tiada sebarang program perasmian dianjurkan jabatan itu Rabu ini seperti yang disebarkan menerusi sebuah akaun Facebook, MyHuluselangor.

“Dimaklumkan bahawa tiada sebarang majlis perasmian yang akan berlangsung pada tarikh yang tertera di gambar. Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak terlibat dengan mana-mana pengumuman yang berkaitan setakat ini.

“Pastikan sumber mengenai maklumat sebegini adalah daripada sumber yang sahih iaitu saluran rasmi media sosial JKR dan Kementerian Kerja Raya (KKR),” katanya menerusi akaun Facebook rasmi jabatan itu hari ini.

MyHuluselangor menerusi satu status menyebarkan mengenai pembukaan Jalan Pintas Rawang pada Rabu ini yang akan dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. - UTUSAN ONLINE