Ini berikutan kisah hidup faif sekeluarga itu telah dibongkar Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri setelah menahan sepasang suami isteri kerana positif dadah dalam Operasi Perdana di sekitar Kuala Perlis, Simpang Empat dan juga Arau, selama tiga hari yang berakhir kelmarin.



Antaranya Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Negeri, Rela Ahmad dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Mohammad Hazam Ismail turun padang untuk melihat kehidupan nenek dan lima cucunya itu.



Mohammad Hazam berkata, setakat ini nenek ini memang telah menerima bantuan bulanan RM200 sejak kematian suami lima tahun lalu.

“Bancian yang dibuat kami termasuk kos bagi memperbaiki rumah ini yang tidak mempunyai kemudahan tandas, tingkap dan tidak mempunyai tingkap yang hanya ditutup dengan zink,” katanya.

Bagaimanapun katanya, buat sementara ini ditangguhkan dahulu sehingga bulan Oktober kerana bergantung kepada peruntukan bantuan yang ada. - UTUSAN ONLINE