Menteri Kemajuan Luar Ban­dar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kursus dikenali sebagai Program Sijil Tadbir Urus INFRA-UniKL itu me­ngajar setiap ahli JKKK dengan kemahiran pengurusan antara­nya pengurusan desa, pengurusan kewangan dan pengurusan keusahawanan.

Katanya, modul pengajaran disediakan khas oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kerjasama Institut Kemajuan De­sa (INFRA), dan setakat ini, seba­nyak 3,000 JKKK telah mengha­diri program berkenaan.

“Memandangkan JKKK adalah pemimpin di peringkat paling bawah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, maka mereka perlu dibantu untuk meningkatkan kecekapan dan mempunyai ilmu yang luas dalam hal ehwal pengurusan kampung serta pe­ngurusan masyarakat.

“Ini kerana, kejayaan dan ke­majuan sesebuah kampung ter­letak pada kebijaksanaan ke­pe­­mimpinan, tadbir urus yang efisien serta kerjasama erat setiap masyarakatnya.

“Kursus selama tiga hari ini mendedahkan setiap ahli JKKK kepada modul pengurusan desa, kewangan dan keusahawanan agar mereka mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan tidak lagi diperlekehkan,” kata­nya ketika berucap merasmikan Program Sijil Tadbir Urus Desa JKKK Zon Sabah dan Pe­nyampaian Anugerah Desa Perdana Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis tersebut yang dihadiri 500 ahli JKKK dari seluruh Sabah diras­mikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kursus berkenaan turut melibatkan be­be­rapa topik lain iaitu Pelan Stra­tegik Desa, Pemantauan Pro­jek serta Keusahawanan dan Tang­gungjawab sebagai penolong Pen­daftar Pemilih.

Beliau berkata, Anugerah De­sa Perdana yang telah ditambah­baik sejak diperkenalkan pada 1987 bertujuan melahirkan ma­syarakat desa ya­ng berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari ser­ta mempunyai disiplin kerja yang tinggi.

“Melalui aktiviti yang dijalankan, program ini turut menyuburkan semangat patriotisme dan ni­lai-nilai murni dalam kalangan penduduk serta memastikan kelestarian dalam aspek sosial dan kampung,” tambahnya.

Dalam pada itu, Musa ketika merasmikan program itu berkata, JKKK bukan sahaja berperanan sebagai pentadbir kampung, sebaliknya mereka juga adalah wakil kerajaan dalam menjawab segala perkara buruk yang dise­barkan kepada masyarakat oleh pihak berkepentingan.

Tegas beliau, penyebaran toh­mahan terhadap kerajaan perlu dibendung, jika tidak, rakyat di akar umbi akan terpe­ngaruh sehingga hilang kepercayaan kepada pemimpin ma­sing-masing.

“Akhir-akhir ini ada pemim­pin pembangkang masuk ke kam­pung-kampung sebar fitnah terhadap kerajaan, macamlah kita tidak pernah membantu rakyat.

“Setiap JKKK perlu tampil ke de­pan bagi menjawab tuduhan-tuduhan itu kerana mereka dekat dengan masyarakat selain merupakan pemimpin di pe­ringkat ba­wah yang sentiasa mendapat kepercayaan rakyat,” ujar beliau.