Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.
RINA

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun berkata, Kabinet juga bersetuju kadar elaun bulanan bagi anggota MPKK ditetapkan sebanyak RM500 bagi pengerusi, RM300 (setiausaha), RM100 bagi pengurusan mesyuarat dan RM50 bagi kehadiran mesyuarat.

“Kuasa dan urusan bagi pelantikan, pertukaran dan penamatan anggota MPKK kekal di bawah kuasa kerajaan negeri dan pentadbiran di bawahnya.

“Walaubagaimanapun dalam melaksanakan kuasanya, kerajaan negeri hendaklah memastikan ia selaras dengan tatacara pengurusan MPKK yang ditetapkan kementerian ini dan dasar kerajaan,” katanya pada sidang akhbar khas kementeriannya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE