Namun begitu, jika masya­rakat masih merasakan was-was terhadap status makanan yang dihasilkan, Islam mewajarkan umatnya mengelak daripada makan di premis berkenaan kerana masih terdapat banyak pilihan lain.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan, Islam tidak mengajar umatnya

MOHAMAD SHUKRI MOHAMAD
MOHAMAD SHUKRI MOHAMAD 

membina sesuatu atas dasar sangkaan semata-mata sebaliknya sesuatu itu tidak haram selagi belum terbukti dakwaan tersebut.

“(Sijil halal yang dikeluarkan Jakim) mampu menghilangkan keraguan, namun jika masih ragu boleh sahaja ditinggalkan kerana masih terdapat banyak pilihan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan Muhamad Yakub merayu pihak berkuasa bertindak segera atasi masalah restoran India Muslim yang diusahakan bukan Islam.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan kerana bukan sahaja status halal diragukan tetapi menjejaskan imej restoran India Muslim yang patuh syariah.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata bagi sesiapa yang sudah termakan di restoran berkenaan sebelum wujud rasa keraguan maka makanan yang dimakan tidak mendatangkan sebarang mudarat.

“Tidak ada apa-apa (jika sudah makan), keputusan dibuat atas dasar keyakinan,” katanya.