Menerusi maklumat laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan-kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU baik dan sederhana.

Sementara itu, beberapa kawasan di utara Semenanjung mencatatkan kenaikan IPU, iaitu Kangar 72 berbanding semalam 53; Alor Setar 71 (53), Langkawi 68 (53); Seberang Perai 80 (60); Balik Pulau 77 (55) dan Taiping 81 (69), namun tidak melebihi bacaan tidak sihat.