JEP SEPAHTU dan Sari Yanti selamat melangsungkan perkahwinan di
JEP SEPAHTU dan Sari Yanti selamat melangsungkan perkahwinan di Neo Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Majlis berlangsung kira-kira pukul 11.50 pagi secara tertutup dengan pasangan pengantin hanya mengundang 100 tetamu.

Jep yang berbaju Melayu lengkap rona putih menyediakan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Pihak media yang hadir tidak dibenarkan memasuki ruang acara untuk liputan majlis itu.

Hubungan pasangan selebriti itu mula dihidu pihak media dan peminat mereka selepas masing-masing secara terbuka meluahkan perasaan di laman sosial, namun tiada sebarang pengakuan pernah dibuat.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Shuib Sepahtu, Rahim R2, Ebby Yus, Tauke Jambu, Ropie, Ilya, Angah, Mark Adam, Syazwan Zulkifli, Hael Hussaini, Wan Sharmila dan Abby Fana.

Sari Yanti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Edy Casmadi Che Hussin dan dikurniakan dua orang anak, Barr Al Aliy, 7, dan Basit Al Haq, 5, tetapi bercerai pada 2014.