Mereka adalah, Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing; Naib Ketua Pemerintah Tentera, Soe Win; pegawai tentera, Jeneral Aung Kyaw Zaw; bekas ketua pemerintah Barat, Mejar Jeneral Maung Maung Soe; Brigadier Jeneral Aung Aung dari Divisyen Infantri ke-33 dan Brigadier Jeneral Than Oo dari Divisyen Infantri ke-99.

Kesemua pegawai itu menurut PBB bertanggungjawab melakukan kekejaman ke atas etnik Rohingya hingga memaksa 700,000 penduduk melarikan diri ke Bangladesh. - REUTERS