Ibunya, Mazinah Mahmud, 57, menantunya, Mohd. Hafiz Mohd. Kassim, 30, telah kesana bersama abang iparnya pagi ini bagi proses pengecaman mayat.

Ujarnya, sebaik proses disana selesai jenazah dijangka tiba kira-kira pukul 10.30 pagi esok bagi proses solat jenazah di Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan Luar di sini.

“Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Kampung Batu Muda, Gombak, Selangor bagi proses pengebumian,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE