Mayat mangsa dibawa menaiki dua trak polis bermula dari jam 11 pagi tadi.


Ahli keluarga mangsa kini sedang diberi kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur.


Pihak pengurusan Masjid Hospital Kuala Lumpur kini sedang membuat persiapan sekiranya waris mangsa yang terkorban mahu menguruskan jenazah di masjid berkenaan.


Sehingga kini, proses bedah siasat terhadap jenazah mangsa kebakaran sedang dilakukan. - UTUSAN ONLINE