Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam tadi di Hospital Sungai Buloh akibat serangan angin ahmar.

Dalam kejadian malam tadi, Raja Ahmad Niza diserang angin ahmar ketika sedang memandu pulang ke rumahnya dan kejadian tersebut menyebabkan kenderaan yang dipandunya terbabas ke kiri jalan.

Beliau meninggalkan isteri, Datin Noraini Tahasa, 73, lima anak serta 21 orang cucu.- UTUSAN ONLINE