Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Naim, Jelawat dan di Masjid Mukim Badak pada pukul 9 pagi. Urusan pengkebumian selesai sepenuhnya pada pukul 10 pagi.

Isteri Allahyarham, Datin Che Nat Hassan, anak-anak dan keluarga hadir memberi penghormatan terakhir.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, ketua-ketua polis negeri, pegawai dan anggota polis.

Ab. Rahman, 59, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada 3.45 petang semalam. - UTUSAN ONLINE