JENAZAH GURU 3
 

Jenazah dibawa menaiki van jenazah dari Kuala Lumpur tiba di sini pada kira-kira pukul 8.40 malam tadi dan terus dibawa ke Masjid Assalamuddin di Felda Gunung Besout 4 dekat sini.

Turut mengiringi jenazah ialah beberapa orang adik beradiknya termasuk abang sulung, Noor Azam, 40 serta ibunya, Saadiah Othman, 62.

Jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira pukul 6 petang tadi.

Sebaik sahaja tiba di sini, jenazah disembahyangkan di Masjid Assalamuddin dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Gunung Besout 4 selepas solat Isyak. - UTUSAN ONLINE

jenazah guru 2