Dalam insiden tersebut, Khaled Mustafa dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek pengganas, Brenton Tarrant.

Ratusan komuniti Islam turut menghadiri upacara pengebumian kedua-dua beranak tersebut yang diadakan di sebuah kawasan perkuburan terletak berhampiran Masjid Linwood. - AFP