Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar dibawa ke masjid tersebut untuk dimandikan dan disolatkan.

Solat sunat jenazah diimamkan anak lelaki tunggalnya, Mohd. Hannan Abdul Manan bersama kira-kira 200 jemaah.

Jenazah kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Taman Melawati, kira-kira pada pukul 11.30 pagi tadi.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum dan Pengerusi Barisan Nasional Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Allahyarham meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik tidurnya dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

Beliau meninggalkan seorang isteri, enam orang anak dan 12 cucu. - UTUSAN ONLINE