Jenazah pakar perbandingan mazhab itu terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Al Sultan Ismail Petra di sini tepat pukul 9.00 pagi.

Solat jenazah ke atas arwah telah diimamkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang turut hadir adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Lebih 2,000 jemaah telah datang ke masjid itu sejak awal pagi untuk tidak melepaskan peluang menunaikan solat jenazah.

Allahyarham yang berusia 78 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kira-kira pukul 6.42 petang semalam akibat strok yang dialaminya sejak sekian lama. - UTUSAN ONLINE