Menurut Aziph, jenazah Allahyarham Azmil akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk dikafankan dan disembahyangkan.


Terdahulu, arwah meninggal dunia ketika sedang tidur dan jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Doktor dari Hospital Klang yang pernah merawat arwah mengesahkan Azmil meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

“Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan,” katanya.

Sebelum ini Azmil pernah dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah jantung dan dirawat di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya pada Oktober lalu. - UTUSAN ONLINE