Abangnya, Mohd. Kamal Omar berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi tadi di Hospital Ampang akibat serangan jantung.

“Dia dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu selepas mengadu tidak sihat dan dibawa ke Hospital Ampang. Namun keadaan ke­sihatan semakin merosot sebelum meninggal dunia.

“Kami sempat berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Allahyarham A. Karim meninggalkan lapan orang anak dan seorang balu juga merupakan Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan pernah terlibat dalam bidang penulisan menerusi artikel berkaitan Islam.

Selain itu, Allahyarham turut terlibat aktif dalam aktiviti gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memartabatkan perjuangan agama Islam di negara ini. - UTUSAN ONLINE