Adinda bongsu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir itu mangkat di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Sulit Tuanku Muhriz, Mohd. Nizam Mohd. Akhir berkata, Almarhum Tunku Deanna, 63, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 4.24 petang kerana masalah diabetes.

Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti di sini pada kira-kira pukul 10 malam semalam untuk penghormatan terakhir dan urusan pengkebumian.

Berangkat pada istiadat pemakaman tersebut ialah Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin serta kerabat diraja. Tuanku Muhriz kini berada di luar negara dan dalam perjalanan pulang petang ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan dan Ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

Almarhum meninggalkan suami Tengku Datuk Amran Tengku Mohd Yusof dan tiga puteri berusia antara 33 tahun hingga 40 tahun. - UTUSAN ONLINE