Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jemaah mula tinggalkan Mekah

JEMAAH haji Malaysia yang telah selesai menunaikan ibadah haji
JEMAAH haji Malaysia yang telah selesai menunaikan ibadah haji mula meninggalkan kota suci Mekah untuk pulang ke tanah air.

MEKAH 6 Sept. – Jemaah haji Malaysia telah pun meninggalkan bumi Mekah pada pukul 4 pagi tadi (kira-kira 9 pagi waktu Malaysia) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah sebelum menaiki pesawat kembali ke tanah air hari ini.

Kesemua mereka menaiki bas dari Ibu pejabat Tabung Haji di bangunan maktab Abraj Al-Janadriyah di sini dengan dibantu oleh Petugas Tabung Haji dan Sahabat Maktab.

Mereka kelihatan gembira, ceria dan bersyukur kerana dapat menyelesaikan ibadah haji pada musim ini.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia di Jeddah dijangka tiba di tanah air pada pukul 3.10 pagi esok.

Penerbangan XY9033 yang mem­bawa 414 jemaah haji itu berlepas dari lapangan terbang ber­kenaan pada pukul 1 petang ini.

Kesemua penumpang itu me­rupakan kumpulan pertama yang meninggalkan Mekah selepas me­laksanakan ibadah haji pada musim 1438 Hijrah ini.

Sementara sebahagian lagi jemaah haji Malaysia mula mening­galkan Mekah untuk berada di Madinah bagi program ziarah dan ibadah di Masjid Nabawi pula.

Di maktab penginapan jemaah haji Malaysia di bangunan Hotel Zwar al-Bit hari ini, beberapa jemaah telah mula menghantar bagasi untuk daftar masuk awal bagi memudahkan jemaah menaiki bas dan bergerak ke Jeddah.

Tinjauan di maktab penginapan jemaah di Abraj Al-Janadriyah mendapati jemaah sibuk melakukan persiapan terakhir sebelum kembali ke tanah air termasuk mengepos barangan menggunakan perkhidmatan kurier.

Pengarah Operasi Maktab 1438 Hijrah, Mohd. Nasir Mohd. Yusof berkata, persiapan jemaah yang akan pulang ke tanah air berjalan lancar.

“Hari ini dan semalam, jemaah haji telah bergerak ke Madinah dan menuju Jeddah. Yang ke Jeddah akan terus balik ke tanah air manakala ke Madinah akan meneruskan ibadah di sana.

“Penerbangan pertama berlepas ke tanah air dijangka pada pukul 1 petang ini dan sampai sekitar 3.10 pagi keesokan hari.

“Penerbangan terakhir adalah pada 4 Oktober iaitu MH8325 pada pukul 11.50 pagi (waktu tempatan) dari Jeddah, manakala XY9347 dari Madinah pada pukul 7 malam (waktu tempatan),” katanya di sini hari ini.

Katanya, proses daftar masuk awal di semua maktab berjalan lancar dan akan dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang ditentukan oleh maktab penginapan masing-masing. – UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain