Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jemaah haji tinggalkan Mina, lakukan tawaf dan sai di Mekah

Haji mina
JEMAAH haji Malaysia mula meninggalkan MIna untuk menuju ke Mekah.

MEKAH 3 Sept. - Kesemua jemaah haji Malaysia telah pun meninggalkan Mina untuk balik ke sini bagi meneruskan manasik haji di Masjidilharam.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi maktab penginapan hari ini, mendapati ada jemaah haji Malaysia telah tiba dan melalui perjalanan yang sesak dari Mina ke Mekah ini. 

Menurut beberapa jemaah haji di maktab penginapan di Abraj Al-Jandriyah, mereka bergerak dari Mina pagi ini dan sampai tengah hari tadi.

"Kami akan meneruskan ibadah tawaf dan sai di Masjidilharam mengikut jadual yang telah ditetapkan," kata beberapa jemaah haji di sini.

Bagaimanapun ada jemaah haji yang tiba awal, telah pun ke Masjidilharam untuk melakukan tawaf dan sai.

Proses balik jemaah haji Malaysia dari Mina itu dibuat secara berperingkat bermula semalam dan pagi ini. 

Sementara itu Pengarah Operasi Media 1438 Hijrah, Mohamad Naser Jaafar berkata, sebahagian jemaah yang telah selesai melakukan tawaf dan sai dalam manasik haji ini akan mula bergerak ke Madinah pada 5 September ini secara berperingkat. 

Manakala jemaah haji Malaysia yang datang dari Madinah sebelum ini akan menunggu jadual penerbangan pertama untuk balik ke tanahair pada 6 September ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain